Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhuwah Alhamdulillah pada hari ini 26 Ogos 2015 jam 9.35 pagi waktu Malaysia, buat kesekian kalinya saya kembali menaip di blogspot. Memang masa amat pantas mendahului saya. Saya memang kurang bijak dalam mengurus masa dengan baik. But, better late than never, right? hihi. Apa-apa pun, saya cuba untuk memperbaiki kelemahan pengurusan masa saya dari semasa ke semasa, insyaAllah. Kepada para pembaca semua, sebagai intro, saya ibu kepada 3 orang cahaya mata dan seorang suri rumah sepenuh masa sejak 6 tahun yang lalu. InsyaAllah, mulai esok, saya akan mendaftar sebagai seorang pelajar siswazah di salah sebuah IPTA di Selangor. Saya percaya bahawa mulai esok, tugas saya sebagai seorang isteri, ibu, anak, menantu, adik, kakak, ipar, biras, dan ibu saudara akan semakin mencabar dengan penambahan satu lagi peranan iaitu sebagai seorang pelajar :) Hanya padaNya saya berdoa dan berserah agar segala yang ingin saya lakukan mendapat petunjuk dan rahmat daripad...